Isa bakal meninggalkan zaman bujangnya Jumaat ini bersama dengan Nur Risteena

KUALA LUMPUR – Bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF) 2016, Isa Khan bakal meninggalkan zaman bujangnya Jumaat ini.

Isa, 28, akan bergelar suami kepada pasangannya Nur Risteena Munim, 32 selepas mereka berdua mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019.

BH Online melaporkan, Isa atau nama sebenarnya, Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan menyifatkan bakal isterinya sebagai wanita sangat hebat dan sebagai lelaki, beliau berasa dirinya sangat bertuah.

“Cinta dan kebahagiaan diberikan sangat luar biasa. Saya tidak mahu mempersia-siakannya ketulusan hatinya untuk sehidup semati bersama saya.

“Saya menghargai apa yang dilakukan Risteena untuk menjaga hubungan cinta kami selama ini,” katanya seperti dilaporkan.

Terdahulu, Risteena mengesahkan bakal melangsungkan pernikahan, pertengahan bulan ini.

Kakak kepada pelakon, Ruhainies itu memuat naik video di Instagram (IG) sambil berkongsi kapsyen berbunyi ‘menghitung hari’ sebagai bayangan bakal berkahwin. – MalaysiaGazette