Puad Zarkashi
Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan sikap mendiamkan diri Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai isu timbalannya, Datuk Seri Dr Santhara Kumar yang bercuti di New Zealand.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran itu berkata selaku menteri, Annuar sepatutnya menasihatkan Santhara pulang segera ke negara ini pada waktu itu.

“Annuar langsung tidak bersuara pasal cuti MP Segamat, Dr Santhara. Dia sokong cuti tersebut. Patut bila isu itu sudah jadi gempa bumi di Malaysia, baliklah.

“Annuar tidak bagi nasihat ke. Tak habis habis politiking pertahankan Bersatu. Kedua dua mereka ini macam tidak sensitif rakyat,” katanya di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Puad mempersoalkan bagaimana permohonan cuti panjang selama 55 hari untuk seorang timbalan menteri boleh diluluskan.

Santhara pada 1 Mac lalu menafikan tuduhan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran kononnya beliau menyalahguna kedudukan sebagai timbalan menteri untuk berulang-alik ke New Zealand sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah beliau juga berkata keberadaannya di New Zealand dibuat mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan termasuk memohon cuti tahun tahunan dan cuti tanpa gaji selama 55 hari.

Dalam pada itu, Puad turut sinis akan keberadaan Dr Santhara tatkala negara kiwi itu kita dilanda gempa bumi.

“Dengan berlakunya gempa bumi di New Zealand, adalah alasan baru untuk tidak balik segera. Agaknya kalau berlaku gempa bumi di Segamat, YB Santhara akan balik segera ke?” soalnya lagi.

Pada Jumaat lalu, gempa bumi berskala 8.1 Richter menggegarkan persisir pantai New Zealand.

Perkara mencetuskan amaran tsunami sepanjang Pasifik Selatan.

Gempa bumi terbesar dalam beberapa siri gegaran berlaku di rantau tersebut untuk tempoh beberapa jam, termasuk dua gempa bumi awal pada skala 7.4 dan 7.3 Richter. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Dok diam2 boleh tak puad..cakap mcm musuh kenapa?
    Perluke pecah belahkqn kaum sendiri..
    Bodoh..

Comments are closed.