Luke Shaw meledakkan gol kedua man United untuk mengesahkan kemenangan ke atas pendahulu EPL, Man City awal pagi tadi.

LONDON – Rekod 21 perlawanan tanpa kalah Manchester City lebur di tangan jirannya, Manchester United apabila kecundang 0-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Meskipun menang, Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer berpendapat pasukannya tidak dapat menyaingi untuk merebut kejuaraan liga berikutan psukannya ketinggalan 11 mata daripada pendahulu liga itu.

United mendahului seawal dua minit perlawanan berlangsung menerusi sepakan penalti Bruno Fernandes berikutan terjahan Gabriel Jesus ke atas Anthony Martial.

City hampir menyamakan kedudukan apabila rembatan Rodrigo Hernández Cascante tersasar.

Luke Shaw yang terlepas peluang pada separuh masa pertama menebus kekecewaan dengan menyumbat gol kedua pasukan pelawat pada minit-50. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast