Dua adik-beradik yang dikesan SPRM

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua beradik lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah.

Suruhanjaya itu sedang menjejaki Muhammad Sadon, 38, pemegang kad pengenalan 830314-01-5807 dan mempunyai dua alamat terakhir di No. 24, Jalan Zapin 3, Taman Skudai Baru, 81300, Johor Bahru, Johor dan 18, Jalan Angsana, Setapak, 53000, Kuala Lumpur.

Sementara itu, turut dikesan ialah abangnya, Mohd Irwan Sadon, 40, pemegang kad pengenalan 810714-01-5189 dan mempunyai alamat terakhir di No. 25, Jalan PUJ 2/12, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Johari Bero di talian 018-383 1622 / 03-8870 0329 atau emel ke alamat [email protected]. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast