MGNews : Peniaga Kedai Runcit Simpan Ganja Dalam Peti Sejuk – Nik Ezanee

PETALING JAYA – Seramai 10 individu ditahan Isnin lalu dalam tiga serbuan berasingan di Kampung Sungai Kayu Ara dan Bandar Utama, di sini, kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pengedaran dadah.

Serbuan pertama yang dilakukan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Petaling Jaya membabitkan penahanan seorang peniaga kedai runcit berusia 25 tahun di kedainya di Kampung Sungai Kayu Ara Damansara pada jam 9 malam.