E. Elavarasan
E. Elavarasan.

sarawak united fc, ketua jurulatih

KUALA LUMPUR –  Sarawak United FC enggan mendabik dada kemenangan yang diraihnya pada Ahad lalu ke atas Kelantan United kerana masih banyak yang perlu diperbaiki pasukan menjelang aksi berdepan Perak FC II malam ini.

Ketua Jurulatihnya berkata, E Elavarasan berkata, dengan kecederaan buku lali yang dihadapi pemain import Lee Chang Hoon dan Tommy Mawat Bada menyaksikan beliau terpaksa melakukan beberapa perubahan pemain untuk perlawanan di Stadium Perak nanti.

“Sebenarnya memang saya kena melakukan penambahbaikan selepas menilai perlawanan pertama tempoh hari.

“Walaupun kita menang, tetapi dua gol itu dijaringkan pada separuh masa pertama dan selepas itu, kita dah dapat lihat beberapa kelemahan, jadi perkara itu kita perlu perbaiki.

“Chang Hoon dan Tommy pun masih 50-50 untuk perlawanan malam ini, dan saya perlu tengok macam mana keadaan mereka terlebih dahulu”, katanya kepada Liga Bola Sepak Malaysia di sini.

Malam tadi dalam saingan Liga Premier 2021menyaksikan perlawanan antara Skuad Projek FAM-MSN tewas 1-2 kepada Kelantan FC manakala satu lagi aksi yang akan berlangsung pada malam ini membabitkan pasukan Kelantan United FC dan PDRM FC. – MalaysiaGazette