Lionel Messi gagar melakukan keajaiban untuk membantu Barcelona bangkit dari defisit tiga gol menentang PSG untuk mara ke suku akhir Liga juara-Juara Eropah malam tadi.

PARIS – Impian Barcelona untuk mengubah defisit agregat 1-4 untuk mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah kali ini gagal selepas terpaksa balik awal kali ini.

Dalam aksi timbal balik pusingan ke-16 berlangsung di Stadium Le Parc des Princes awal pagi tadi, Paris Saint Germain (PSG) menunjukkan jalan keluar awal kepada the Calatans.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi tersebut sebelum PSG daripada segi agregat mara ke pusingan suku akhir kali ini.

Skuad kendalian Ronald Koeman yang dibarisi bintang sensasi Lionel Messi tidak dapat mengubah defisit tiga gol itu sebelum akur dengan kehebatan lawannya dalam aksi timbal balik malam tadi.

Aksi malam tadi menunjukkan the Calatans terlalu bergantung kepada gol Messi antara faktor yang dilihat sebagai punca pasukan itu tersingkir dari kempen kali ini.

Messi gagal membuat keajaiban yang diharapkan pasukannya kali ini untuk mengejutkan tuan rumah.

Selaku tuan rumah, PSG mencerahkan peluang ke suku akhir selepas Kylian Mbappe merobek gawang pelawat dengan gol awal pada minit ke-30 menerusi sepakan penalti.

Gol itu telah mencemaskan Barcelona sebelum Messi berjaya menyamakan kedudukan 1-1 tujuh minit kemudian di separuh masa pertama dan perlawanan tamat dengan keputusan seri tetapi dari segi agregat 5-2 PSG berjaya melangkah ke pusingan suku akhir.-MalaysiaGazette