Foto The Independent.

LONDON – Manchester City mengukuhkan cengkaman di Liga Perdana Inggeris dengan mengumpul 17 mata selepas menang 3-0 ke atas Fulham di tempat lawan pada awal pagi tadi.

John Stones, Gabriel Jesus dan Sergio Aguero masing-masing meledak gol untuk membawa City menghampiri gelaran liga ketiga dalam tempoh empat tahun.

Pesaingnya, Manchester United masih memiliki dua perlawanan dalam tangan berbanding pendahulu itu, namun City hanya memerlukan maksimum 14 mata daripada lapan perlawanan terakhir untuk bergelar juara.

Berikut keputusan lain Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi:

Crystal Palace 1 West Brom 0

Leeds 0 Chelsea 0

Everton 1 Burnley 2 – MalaysiaGazette