Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diminta memperjelaskan perkembangan terkini berhubung pelaksanaan undi 18 tahun agar rakyat mendapat maklumat yang betul dan jelas berhubung isu tersebut.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata SPR selaku badan bebas, harus tampil membuat penjelasan kerana perjalanan dasar undi 18 kini memasuki fasa pelaksanaan.