Khairy Jamaluddin pada sidang media berkenaan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya hari ini.

KUALA LUMPUR – “Vaksin Sinovac pula akan mula digunakan mulai 18 Mac ini di Hospital Rembau dan sayalah yang pertama yang terimanya,”.

Itu kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasii, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rembau yang juga menteri terlibat mengendalikan program vaksin itu mahu dirinya disuntik dengan vaksin kedua selepas Pfizer -BioNtech bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap vaksin kedua diterima oleh negara.

Terdahulu Khairy Jamaluddin memaklumkan kerajaan telah menerima 83,070 dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech dan 100,000 dos jenis Sinovac sehingga hari ini.

Menjelang 22 Mac ini, negara akan mendapat lagi sebanyak 124,020 dos vaksin Pfizer-BioNtech dan 100,000 dos vaksin Sinovac, katanya.

“Pada 29 Mac ini, kerajaan dijangka menerima 125,190 dos vaksin jenis Pfizer BioNTech dengan jumlah keseluruhan 1,000,350 dos vaksin itu yang melengkap suku tahun pertama penghantarannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba secara maya selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin seterusnya menambah, Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 36,163 individu, diikuti Perak (33,036), Sarawak (31,527) dan Kuala Lumpur (28,244) dan Sabah seramai 26,446 individu,

Bagi daerah tertingi pula kata beliau, Wilayah Kuala Lumpur mencatat seramai 28,244 individu, Kinta (10,858), Kuantan (10,344), Gombak (9,047) dan Kota Kinabalu serami 9,132 individu.

Jelas Khairy, seramai 292,104 1 individu telah menerima vaksin Covid-19 sehingga 13 Mac lalu.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu memberitahu, ia melibatkan pecahan penerima terkumpul iaiti 23.86 peratus untuk jururawat dan 22.23 peratus bagi doktor.

Jelas beliau, sebanyak  23.40 peratus kumpulan kesihatan lain seperti pembantu perubatan, juru x-ray, pemandu ambulans dan lain turut menerima vaksin.

“Pecahan penerima lain adalah 21.33 peratus dari Angkatan Tentera Malaysia, polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA, Kastam  dan lain.

“Selain turut menerima vaksin adalah 5.62 peratus dari doktor gigi, 3.45 peratus dari kumpulan farmasi dan 0.11 perattus dari penerima anggota pentadbiran, Yang Berhormat dan lain-lain seramai 302 orang,” katanya. – MalaysiaGazette