JPN Selangor Ministry of Education (MOE) teacher rape jokes SMK Puncak Alam Ain
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah selesai melaksanakan proses pentaksiran kemasukan murid ke sekolah khusus bawah Kementerian Pertahanan Malaysia untuk tahun ini.

Sekolah khusus yang dinyatakan ialah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) serta Maktab Tentera Diraja (MTD).

Sehubungan itu, semakan tawaran kemasukan pelajar tingkatan satu jenis sekolah SBP dan SMKA adalah pada 19 Mac ini.

Manakala bagi pelajar tingkatan empat dan tahun 1SVM untuk jenis sekolah SBP, SMKA, SMT dan KV adalah pada 23 Mac ini.

Untuk pelajar tingakatan 4 jenis sekolah MTD pula tarikh semakan temuduga adalah pada 23 Mac ini.

Sementara itu, KPM telah menetapkan tarikh pendaftaran murid tingkatan satu dan tingkatan empat ke sekolah khusus pada 6 April ini.

Bagi maklumat lanjut, semakan tawaran kemasukan tingkatan satu juga boleh dilakukan melalui pautan https//:spskt1.moe.gov.my.

Manakala, bagi tingkatan Empat dan tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) pula boleh disemak melalui pautan https//:spskt4.moe.gov.my.

Untuk tarikh pendaftaran ke MTD pula akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my/. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast