Arif Aiman Hanapi (kiri).

KUALA LUMPUR – Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi muncul pemain termuda melakukan debut dalam kesebelasan utama untuk kelab bola sepak itu dalam Liga Super.

Arif Aiman disenaraikan dalam perlawanan keempat Liga Super menentang Selangor FC malam tadi pada usia 18 tahun, 10 bulan dan 13 hari.

Sebelum ini, pemain sayap itu muncul penjaring termuda Liga Super untuk JDT menerusi jaringan yang dihasilkan ketika menentang UiTM FC.

Dia yang merupakan anak kelahiran Pahang memecahkan rekod dipegang Hadin Azman berusia 18 tahun, 11 bulan pada tahun 2013.
Arif Aiman yang membuat penampilan sulung liga untuk JDT menentang Felda United merupakan bekas produk Akademi Mokhtar Dahari di Gambang, Pahang. – MalaysiaGazette