Persengketaan dan permusuhan sangat pantas dan mudah disebar dan dicapai oleh masyarakat ‘netizen’ melalui sosial media. Gambar hiasan

SAN FRANCISCO – Facebook Inc sedang membangunkan versi perkakasan perkongsian foto Instagram khusus untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Ia sebagai usaha untuk memastikan produk popularnya digunakan oleh generasi akan datang.

Aplikasi baharu itu diumumkan secara dalaman pada hari ini, tetapi belum dilancarkan.

Instagram pada masa ini untuk pengguna berumur sekurang-kurangnya 13 tahun.

Instagram, yang dibeli oleh Facebook hampir sedekad lalu pada harga AS$ 1 bilion, telah menjadi salah satu produknya paling popular ketika aset rangkaian sosial utamanya gagal untuk menarik pengguna yang lebih muda.

“Semakin banyak anak bertanya kepada ibu bapa mereka jika mereka dapat menyertai aplikasi yang membantu mereka untuk bersama teman mereka.

“Buat masa ini tidak ada banyak pilihan untuk ibu bapa, jadi kami sedang berusaha untuk membangunkan produk tambahan – seperti yang kami lakukan dengan Messenger Kids – yang sesuai untuk anak-anak, yang diuruskan oleh ibu bapa,” kata Joe Osborne, jurucakap Facebook dalam satu kenyataan.

Messenger Kids adalah versi aplikasi mesej Facebook untuk remaja. Aplikasi itu dikawal ibu bapa, tetapi kecacatannya sebelum ini membenarkan anak berbual dengan orang yang tidak diluluskan oleh ibu bapa mereka.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan dari pengawal selia bahawa ia tidak melindungi anak-anak dengan secukupnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast