Rampasan keratan bunga ros segar dari Ethiopia seberat 1208 kg oleh Maqis Selangor dalam pemeriksaan rutin di Klia pasa selasa lalu.

SEPANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menahan sebanyak 1, 208 kilogram keratan bunga ros segar yang diimport dari Ethiopia bernilai RM43,210.65.

Pemangku Pengarah MAQIS Selangor, Zamri Hashim berkata, penahanan sejumlah besar bunga ros import itu dilakukan ketika pemeriksaan dijalankan di kawasan pemeriksaan MAQIS Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa lalu.

“Hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan oleh pegawai MAQIS pada jam 3 petang itu mendapati, terdapat kesalahan yang dikesan ketika pemeriksaan rapi pada dokumen yang telah diisytiharkan iaitu terdapat kekeliruan nombor permit pada sijil fitosanitasi dan permit import yang telah dikemukakan kepada pegawai MAQIS yang bertugas.

“Pengimportan dagangan bunga ini tidak mematuhi syarat permit import yang sah dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kegagalan mengimport tanpa mematuhi syarat permit menjadi suatu kesalahan menurut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ujar beliau, pihak MAQIS akan sentiasa teliti dan cekap dalam menjalankan pemeriksaan ke atas setiap dagangan yang diimport dan dieksport bagi mengelakkan kemasukan dagangan yang diimport bersama penyakit dan perosak yang boleh menjejaskan negara dan mematuhi syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tkkan la tahan bunga ja.. Org yg import tu bila plak nk tahan. Tentu ada nama org atau syarikat yg import bunga tu.. Kes ni MG kena cari sumber dan buat laporan susulan adakah pengimportnya akan ditahan jgk…
    Kes rampas barang tapi orangnya tk dpt ni mmg kerap sgt dh berlaku. Tau² senyap terus mcmtu ja.. .

Comments are closed.