Lebih 10 pengunjung Lata Keding, Bukit Kudung di Jeli, kira-kira 85 kilometer dari sini berdepan detik cemas apabila jambatan gantung yang dinaiki mereka terputus dalam kejadian tengah hari tadi.-Fb Nur Athirah

KOTA BHARU – Lebih 10 pengunjung Lata Keding, Bukit Kudung di Jeli, kira-kira 85 kilometer dari sini berdepan detik cemas apabila jambatan gantung yang dinaiki mereka terputus dalam kejadian tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli, DSP Ahmad Arifin berkata ketika kejadian kawasan tersebut dipenuhi pengunjung yang datang ke pusat rekreasi tersebut.

Beliau berkata siasatan awal mendapati jambatan gantung tersebut masih dalam pembinaan dan pihak pengurusan telah meletakkan notis amaran melarang pengunjung untuk menaikinya.

“Namun masih ada pengunjung yang naik jambatan gantung itu. Ketika kejadian lebih 10 pengunjung berada di atas jambatan gantung itu ketika ia putus kira-kira 1.30 tengah hari,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Ahmad berkata mereka yang terlibat dalam insiden tersebut sedang mendapatkan rawatan di Hospital Jeli.

“Polis masih mengumpul maklumat jumlah sebenar mereka yang terlibat dalam insiden itu serta jenis kecederaan yang dialami. Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast