Seorang suspek bunuh Pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM hadir untuk didakwa di Mahkamah Kajang, Selangor. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 MAC 2021.

KAJANG – Suspek kes bunuh pengurus Jabatan Advokasi Pertubuhan IKRAM pada 8 Mac lepas dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang untuk pertuduhan hari ini.

Lelaki berusia 57 tahun itu tiba pukul 9 pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis jenis Proton Persona.

Suspek hadir memakai baju kemeja warna putih sambil di tangannya memegang beg berisi ubat-ubatan dengan tangan bergari.

Suspek akan dituduh hari ini kerana didakwa menyebabkan kematian Nik Khatijah Nik Mud, 32.

Mangsa ditemui meninggal dunia dengan kesan jerut pada leher di sebuah rumah di Taman Pelangi, Jalan Reko di sini.

Nik Khatijah, 32, adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang berkhidmat dengan Ibu Pejabat IKRAM sejak 2013 sebagai Eksekutif Jabatan Wanita dan kini sebagai Pengurus Jabatan Advokasi.

Polis membuka kertas siasatan terhadap kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.