DUBLIN – Ireland meneruskan penggunaan vaksin Oxford-AstraZeneca dalam program vaksinasi hujung minggu ini.
Jawatankuasa Penasihat Imunisasi Nasional (NIAC) negara ini mengesyorkan langkah itu setelah semakan dibuat oleh The European Medicines Agency (EMA).
Sebelum ini, penggunaan vaksin ini digantung sementara setelah laporan darah beku yang dialami oleh penerima vaksin AstraZeneca di Norway.
Ireland merekodkan lagi 10 kematian akibat jangkitan Covid-19, menjadikan jumlah kematian bertambah kepada 4,576.
Sebanyak 507 kes virus juga dicatat, menjadikan jumlah kes yang disahkan menjadi 229.306.
Pada masa ini terdapat 336 pesakit Covid-19 dirawat di hospital-hospital di Ireland, yang mana 87 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Pengawal selia United Kingdom dan Kesatuan Eropah telah melakukan “kajian menyeluruh dan teliti” terhadap semua kejadian pembekuan darah yang berlaku yang dikaitkan dengan vaksin Oxford-AstraZeneca untuk menentukan apakah ada kemungkinan risiko keselamatan.
Bagaimanapun EMA pada Khamis lalu menyimpulkan manfaat vaksin dalam memerangi ancaman Covid-19 “masih mengatasi risiko kesan sampingan”.
Lebih daripada 117,000 dos vaksin Oxford-AstraZeneca telah diberikan di Republik Ireland. – MalaysiaGazette