Halimah Mohamed Sadique

KUALA LUMPUR – Pihak pengurusan tanah perkuburan Cina di seluruh negara diminta beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan supaya masyarakat Cina dapat menjalankan upacara Cheng Beng pada tahun ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memaklumkan agar penganut Cina memastikan pematuhan SOP di tanah perkuburan.

Ini kerana, kompaun boleh dikenakan kepada penganut yang didapati melanggar SOP yang telah diluluskan, kata Menteri Perpaduan Negara,  Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Sebaliknya, pihak pengurusan tanah perkuburan tidak akan dikenakan kompaun di atas pelanggaran SOP yang dilakukan oleh penganut tersebut.

Maklumat penuh SOP sambutan Cheng Beng tahun 2021 ini boleh dimuat turun daripada laman web Majlis Keselamatan Negara. – MalaysiaGazette