Matawang lira. foto Reuters

ANKARA – Matawang Turki jatuh sebanyak 15% setelah Presiden Recep Tayyip Erdogan memecat gabenor bank pusat negara itu.

Naci Agbald didakwa sebagai kekuatan utama dalam kenaikan semula lira dari paras terendah dalam sejarah Turki.

Tindakan Erdogan itu mengejutkan kerana Naci merupakan gabenor bank pusat ketiga yang dikeluarkan dalam masa kurang dari dua tahun.

Naci dilantik pada bulan November lalu, telah meningkatkan kadar faedah untuk menangani kenaikan inflasi melepasi 15%.

Pemecatan Naci telah mengejutkan pelabur dalam dan luar negara yang sebelum ini memuki polisi monetari Bank Pusat Turki.

Pelantikan Sahap Kavcioglu, bekas ahli bank dan penggubal undang-undang parti pemerintah, mencetuskan kebimbangan pembalikan kenaikan kadar baru-baru ini.

Kejatuhan matawang akibat pemecatan saham di Bursa Saham Istanbul menimbulkan kebimbangan mengenai kesan kos pinjaman Turki.

Dagangan di bursa ditangguhkan untuk satu tempoh setelah kejatuhan harga saham yang mencetuskan pemutus litar atau circuit breakers.

Setelah turun dengan mendadak, lira kemudian kembali pulih sekitar 8% lebih rendah berbanding dolar AS setelah Menteri Kewangan Lutfi Elvan mengatakan Turki akan mematuhi peraturan pasaran bebas.

Lira pada satu ketika dulu adalah mata wang pasaran muncul dengan prestasi terbaik pada tahun 2021.

Minggu lalu, mata wang Turki naik dengan kukuh selepas Naci menaikkan kadar faedah sebanyak 2 mata peratusan, dua kali ganda daripada yang diharapkan oleh para ahli ekonomi.

Pelabur meminta kebijakan monetari yang lebih ketat di Turki untuk menjinakkan kadar inflasi yang tinggi, ketika harga naik dengan cepat di negara ini. – MalaysiaGazette