Petugas kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhdap orang awam di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,384 kes positif baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 335,540 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 1,058 kes sembuh direkodkan dengan 148 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 62 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, sebanyak enam kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,244 kes, ujarya.

Sementara itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 625 kes diikuti dengan Johor dengan 161 kes.

“Kedah (51 kes), Pulau Pinang (100 kes), Perak (4 kes), KL (64 kes), Melaka (45 kes), Kelantan (65 kes), Terengganu (7 kes), Pahang (38 kes), Negeri Sembilan (10 kes), Labuan (14 kes), Sabah (60 kes), Sarawak (140 kes),” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Perlis dan Putrajaya masing-masing kekal tiada kes baharu. – MalaysiaGazette