Luqman Hakim (tengah).

KUALA LUMPUR – Hari pertama skuad kebangsaan Malaysia di bawah kendalian jurulatih Tan Cheng Hoe yang memulakan sesi pertama latihan pusat di Padang Seri Gelam, Johor Bahru semalam telah mencuri perhatian netizen di media sosial.

Ini kerana menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh Persatuan Bola Sepak Malausia (FAM), ramai yang kagum dengan susuk badan ‘sado’ penyerang muda negara, Luqman Hakim.

Luqman Hakim ketika Kejohanan AFC Bawah 16 pada 2018.

Rata-rata komen netizen di laman sosial teruja dengan perubahan fizikal Luqman Hakim yang kini beraksi dengan KV Kortrijk dalam saingan Liga Belgium.

Sebelum ini, Luqman, 19, kelihatan agak kurus dan ia jauh berbeza sebelum berkelana ke Eropah.

Sementara itu, kem latihan pusat itu telah disertai oleh 29 pemain ini sebagai persiapan menjelang baki tiga perlawanan Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE, Vietnam dan Thailand di UAE pada Jun nanti.