Solskjaer

LONDON – Ole Gunnar Solskjaer mencabar skuad the Red Devils kendaliannya untuk  menjulang Liga Europa sebagai mengubati penyingkiran dari kempen suku akhir Piala FA Ahad lalu.

Dalam aksi di Stadium King Power Ahad lalu, The Red Devils dijinakkan 3-1 oleh Leicester City untuk merentap di separuh akhir bertemu Southampton.

Kekalahan itu menyebabkan pasukannya menerima kritikan daripada penyokong dan pengulas sukan terutama  aksi tidak konsisten yang dipamerkan skuad kendalian Solskjaer itu.

Sebagai mengubati kekecewaan itu, Solskjaer selaku Pengurus Manchester United mencabar anak buahnya supaya lebih serius dan fokus untuk menjulang kejuaraan Liga Europa kali ini.

Dalam aksi ke-16 Khamis lalu, skuad Red Devils menewaskan AC Milan 1-0 dan mara ke suku akhir Liga Europa dengan agregat 2-1.

Bagaimanapun pengurus warga Norway itu masih belum menang sebarang gelaran sejak mengendalikan pasukan di Old Trafford.

Namun Solskjaer sedar dia perlu menjulang gelaran untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai pengurus pasukan untuk jangka masa panjang di Theatre of Dreams.

Solskjaer kini mencabar anak buahnya menyahut cabaran itu dan pergi menang gelaran Europa serta menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris dengan piala musim ini.

“Kita ada saingan Liga Europa dan EPL yang eprlu diberi fokus sepenuhnya selepas ini,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast