Pengunjung tidak melepaskan peluang melihat keunikan struktur Pintasan Saloma ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Saloma, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 14 FEBRUARI 2020

KUALA LUMPUR – Menunggang basikal di Pintasan Saloma adalah tidak dibenarkan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB).

Namun, penunggang basikal hanya dibenarkan menuntun (tidak menunggang) semasa melalui Pintasan Saloma bagi memastikan
keselamatan pengunjung dan seterusnya tidak merosakkan struktur sekitar kawasan itu.

PKB berkata, Pintasan Saloma atau Saloma Link merupakan laluan pejalan kaki bertingkat ikonik sepanjang 370 meter dari Kampong Bharu ke KLCC dengan mengetengahkan rekabentuk unik sirih junjung.

Harapan PKB menjadikan Pintasan Saloma sebagai Ikonik Pelancongan Baharu yang menjadi daya tarikan pelancong bukan sahaja di Malaysia, tetapi di peringkat dunia.

Oleh yang demikian PKB mohon kerjasama semua pengguna basikal yang melalui Pintasan Saloma agar bersama-sama mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan bersama-sama menjaga ikonik pelancongan baru di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette