SPRM Sabah cari tiga individu untuk membantu siasatan dua kes rasuah berasingan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mengesan tiga individu lelaki bagi membantu siasatan dua kes berasingan.

Dalam kes pertama, lelaki bernama Simon Gacou Fabian, 51, pemegang kad pengenalan 700904-12-5015 dikehendaki bagi membantu SPRM dalam siasatan kes rasuah.

Individu berkenaan mempunyai alamat terakhir di Kampung Pantai, Jalan Haji Kudus, Labuan.

Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya juga turut mengesan Mohd Arif Fuad Enggip Abdullah, 36, pemegang kad pengenalan 851016-12-5605 dan beralamat terakhir di Kampung Purak, Papar, Sabah.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat,SPRM Sabah iaitu Penguasa Jennifer Christopher di talian 016-203 8172 / 088- 488381 atau emel ke alamat [email protected].

Sementara itu dalam kes kedua, lelaki yang dikesan ialah Mohd Nazim AG Abdullah, 45, pemegang kad pengenalan 760515-12-5403.

Individu ketiga ini beralamat terakhir di No.1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 / 088-488381 atau emel ke alamat [email protected]