Cristiano Ronaldo

LONDON – Kelab Serie A, Juventus sudah berkira-kira mahu menjual penyerang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo pada harga 21.5 juta pound (RM121.87 juta).

Bintang dunia dan Portugal itu ketika ini dikaitkan dengan kepulangan ke Real Madrid pada musim depan selepas gagal membawa kelabnya ke peringkat suku akhir dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah baru-baru ini.

Menurut laporan media, Juve sedia menurunkan harga kepada 20 juta pound (RM113.37 juta) bagi membina kembali skuad baharu.

Ronaldo dibawa untuk menjuarai Liga Juara-Juara namun perpindahan mahal itu gagal mencipta kegemilangan buat gergasi Itali itu di Eropah.

Pemain berusia 36 tahun itu hanya memiliki baki kontrak setahun namun Juve bersedia melepaskannya musim panas ini.

Sebelum ini, Pengarah Juve, Fabio Paratici memberitahu Sky Sports, kelab itu sudah mengambil keputusan untuk mengekalkan Ronaldo.

“Dia adalah pemain terbaik dunia dan dia akan kekal bersama kami,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast