Muhammad Sanusi Md Nor dan Chow Kon Yeow.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kedah perlu menghentikan perbalahan dan mengatasi permasalahan secara baik demi kebaikan rakyat kedua-dua negeri

Perbalahan antara kedua-dua kerajaan negeri ini semakin ketara apabila saling mengkritik secara terbuka, kata Ketua Pemuda MCA Kedah, Tan Chee Hiong.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang Kedah daripada melaksanakan projek takungan air di sepanjang Sungai Muda yang dikatakan akan mengancam 80 peratus keperluan air Pulau Pinang menunjukkan betapa seriusnya hubungan antara kedua-dua kerajaan negeri.

”Ini bukanlah perbalahan yang pertama kali berlaku bagi dua negeri berjiran ini. Sebelum ini, pertikaian turut berlaku di antara Pulau Pinang dan Kedah apabila Kerajaan Persekutuan semasa pemerintahan Pakatan Harapan meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) yang membabitkan pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

”Kerajaan Pulau Pinang berpendapat pembinaan KXP akan memberi impak negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan negeri, secara amnya.

”Justeru itu, demi kebajikan rakyat, lebih elok jika kedua-dua kerajaan negeri ini mengadakan pertemuan bersama bagi meleraikan segala kekusutan yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini.

Tambah Chee Hioang, jika mereka saling membalas serangan, pasti masalah akan bertambah kusut dan rakyat akan menjadi mangsa.

”Saya pasti, setiap keputusan yang dibuat oleh sesebuah kerajaan negeri itu pastinya ia memberi kebaikan untuk rakyat mereka. Tapi jika kerajaan negeri saling bertelagah, apa nasib rakyat nanti? Adakah rakyat akan menanggung kesusahan dan kesempitan yang berpunca daripada sikap ego kerajaan negeri?,” soalnya.

Beliau menyifatkan pertelingahan ini umpama gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah.

Tegasnya, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya apatah lagi ketika negara sedang bergelut menghadapi pandemik Covid-19.

Sewajarnya, sebagai kerajaan negeri berbincang dan fikirkanlah keputusan yang terbaik buat negeri dan rakyat secara keseluruhannya, bukannya menambah lagi masalah yang dihadapi rakyat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Kedah punyai hak untuk memaksimumkan penggunaan sumber air mereka untuk tujuan ekonomi, pertanian atau tenaga hijau sebagaimana Turki punyai hak kedaulatan keatas sungai2 yang mengalir dinegaranya!

    Kepada MB Kedah, teruskan projek yang sangat berpotensi besar ini!

  2. Kedah perlu ambil ikhtibar di mana Singapore beli air mentah murah dan nak beli solar letrik murah juga supaya meraih banyak untung besar berlipat ganda. Yakni, Kedah kena jual mahal untuk meraih untung besar berlipat ganda jika jual air mentah atau air saringan Sungai Muda kepada Penang dan bukan sebaliknya okay.

Comments are closed.