Peluru berpandu dipamerkan di Muzium Peringatan Perang di Seoul. Foto agensi.

SEOUL – Korea Utara menembak dua peluru berpandu balistik di laut Jepun hari ini, menurut pegawai Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Ia mungkin ujian peluru berpandu balistik pertama sejak pentadbiran Presiden baharu AS, Joe Biden.

Berdasarkan di bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pyongyang dilarang menbangunkan peluru berpandu balistik kerana ia dianggap mengancam senjata.

Difahamkan, ia berlaku hanya beberapa hari setelah Korea Utara dilaporkan menembak dua peluru berpandu bukan balistik ke arah Barat menghadap China.

Sehubungan itu, Jepun dan Korea Selatan sama-sama mengecam ujian tersebut kerana ia dianggap sebagai senjata yang mengancam.

Bagaimanapun, Jepun mengatakan tidak ada puing-puing yang jatuh di perairan wilayahnya.

Untuk rekod, kali terakhir Korea Utara menembak peluru berpandu balistik mereka adalah pada tahun lalu ketika hubungan terhenti antara bekas Presiden AS, Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Namun, Trump gagal menghalang Pyongyang daripada mengembangkan senjata nuklear yang lebih besar dan lebih mematikan. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Korea Utara lepaskan dua peluru berpandu hujung minggu lalu