Muhammad Faris Rosli, 29.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes.

Lelaki tersebut, Muhammad Faris Rosli, 29, dengan alamat terakhir di JKR 2559/27, Jalan Selangor, Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohamad Solehuddin Suhaimi di talian 03-9206 5000 atau 013-395 5719. -MalaysiaGazette