Kereta Satria kuning yang ditingkalkan di LDP oleh suspek yang melarikan diri selepas dikejar polis.

KUALA LUMPUR – Pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah pecah cermin kereta dalam sebuah kereta yang terlibat dalam kejar-mengejar dengan polis di Damansara petang tadi.

Ketua Polis Daerah Petang Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis telah terlibat dalam kejadian kejar-mengejar dengan sebuah kereta Proton Satria kuning yang dipandu suspek di Jalan Anggerik di Kampung Sungai Kayu Ara.

Dalam kejadian itu, polis melepaskan satu das tembakan pada tayar hadapan kanan selepas suspek bertindak agresif dengan cuba melanggar anggota yang bertugas.

Semasa kejar-mengejar berlaku, suspek bertindak melawan arus di Lebuh Raya Damansara-Puchong dan berhenti di tepi jalan berhampiran gereja katolik SS25.

“Suspek keluar lalu melarikan diri melalui longkang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Ezanee berkata, usaha mengesan suspek yang masih dalam daerah Petaling Jaya masih dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Orang ramai boleh menyalurkam maklumat berkenaan suspek yang masih bebas kepada Pegawai PenyiasatInspektor Adam Firdauz Ahmad di talian 012-7565464. – MalaysiaGazette