RIO DE JANEIRO – Brazil terus mencatat korban Covid-19 yang tinggi dan terbaru hari ini sebanyak 3,650 kematian dilaporkan.

Lapor agensi, Kementerian Kesihatan di negara itu mendedahkan penularan pandemik semakin tidak terkawal yang menyaksikan Brazil berterusan mencatat rekod angka kematian dan jangkitan baharu sejak Februari lalu.

Setakat ini, negara ini telah meragut lebih 307,000 nyawa secara keseluruhan.

Berikutan kes baharu itu, lebih  12.3 juta penduduk disahkan positif Covid-19 dan adalah negara kedua paling terjejas di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Kadar jangkitan meningkat ketara sejak bulan lalu selepas orang ramai tidak lagi mematuhi penjarakan fizikal dan kemunculan varian baharu yang lebih pantas merebak.

Tambahan pula, program vaksinasi yang lembab turut menyumbang kepada peningkatan itu, yang menyaksikan purata 77,050 jangkitan harian dalam tempoh seminggu lalu, bertambah dua kali ganda berbanding Januari lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast