MGNews: Pas Lebih Bermanfaat Jika Bersama BN – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan terletak kepada tangan parti Pas sama ada untuk terus bermuafakat dengan Barisan Nasional (BN) atau bersama-sama dalam Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, menurutnya, parti Islam itu dilihat memperoleh lebih banyak kelebihan sekiranya memilih untuk bekerjasama dengan UMNO dan BN berbanding PN.