Nicolas Maduro. foto Agensi

CARACAS – Facebook membekukan akaun Presiden Venezuela, Nicolas Maduro kerana melanggar polisinya apabila menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai Covid-19 dengan  mempromosikan penawar yang beliau dakwa, tanpa bukti, boleh mengubati penyakit itu, menurut jurucakaap Facebook.

Pada Januari lalu, Maduro menggambarkan Carvativir, cacair diperolehi daripada daun thyme sebagai ‘keajaiban’ perubatan yang meneutralkan koronavirus tanpa kesan sampingan yang mana dakwaan para doktor menyatakan ia tidak disokong dengan sains.

Facebook telah memadamkan rakaman video yang mana Maduro mempromosikan pengubatan itu kerana ia melanggar polisi dakwaan palsu ‘bahawa sesuatu boleh menjamin pencegahan daripada dijangkiti Covid-19 atau boleh menjamin pemulihan Covid-19’.

“Kami mengikut garis panduan daripada WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) yang menyatakan bahawa kini tiada perubatan untuk menyembuhkan virus itu.

“Berikutan pelanggaran peraturan kami berulang kali, kami juga membekukan laman (Facebook) untuk 30 hari, yang mana ketika itu ia hanya boleh dibaca sahaja,” kata jurucakap tersebut kepada Reuters.
Pengendali laman Facebook itu telah dimaklumkan terhadap pelanggaran polisi tersebut, kata jurucakap Facebook.

Kementerian Maklumat Venezuela tidak membalas permohonan untuk mendapatkan ulasan mengenai perkara itu.

Pada Februari lalu, Facebook ‘menapis’ video Maduro berhubung Carvativir.

Sebelum ini beliau dan sekutunya dilayan secara tidak adil oleh syarikat media sosial, termasuk apa yang beliau gelar timbang tara penggantungan akaun.

Maduro kerap menggunakan media sosial termasuk Facebook dan Twitter untuk menyiarkan ucapannya secara langsung. – MalaysiaGazette