MGNews: PAS…Belum Terlambat Kembali Ke Pangkal Jalan – Zahid Hamidi

Presiden Umno hari ini secara bersahaja dan berlapik mengingatkan PAS mengenai sikap yang wajar diambil sebagai sekutu dalam Muafakat Nasional (MN). Kata Ahmad Zahid Hamidi, MN itu dijelmakan dengan iringan air mata dalam kalangan ahli kedua-dua parti selepas mereka bersengketa selama lebih enam dekad.