Mayat Eladio Aguirre Chable yang dimasukkan ke dalam beg plastik untuk diserahkan kepada keluarganya. foto Agensi

COATZACOALCOS – Seorang pegawai penguatkuasa di Veracruz dipecat selepas menghantar mayat seorang lelaki kepada keluarganya di dalam beg plastik hitam.

Pejabat Peguam Negara Veracruz (FGE) mengumumkan pemecatan Alberto Torres Rivera, ketua sub-unit di perbandaran Las Choapas kerana menyerahkan mayat Eladio Aguirre Chable, 30, yang hilang pada bulan April 2020, kepada keluarganya dalam beg plastik, bahkan tidak mengikatnya.

Pemecatannya dilakukan setelah anggota kumpulan kolektif yang berpusat di Coatzacoalcos selepas ibu kepada Eladio memaklumkan cara jenazah lelaki itu diserahkan kepada keluarganya.

Alberto menyerahkan mayat itu dalam keadaan “menyedihkan” tanpa mematuhi peraturan dan tidak mematuhi “standard forensik,” kata FGE.

Kumpulan ahli keluarga yang hilang dikenali sebagai Madres en Busqueda de Coatzacoalcos berkata, mayat berkenaan telah diserahkan dalam keadaan tidak sensitif, lantaran mereka itu turut memecat pendakwa raya, Lenin Juárez.

Kumpulan itu turut disertai oleh ibu lelaki yang hilang.

“Kami menuntut pemecatan segera pendakwa raya Lenin Juárez dan Alberto Torres, hak mangsa mesti dijamin,” katanya.

Peguam Negara menambah “hukuman teladan” akan dijatuhkan kepada mereka yang didapati bertanggungjawab atas penyerahan mayat lelaki itu untuk mengelakkan pengulangan tindakan sama.

Terdapat lebih 70,000 orang hilang di Mexivo, termasuk jumlah besar kehilangan individu di Veracuz. – MalaysiaGazette