Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kes harian Covid-19 dilihat kembali meningkat apabila rekod hari ini mencatatkan sebanyak 1,482 kes.

Daripada jumlah berikut, 1, 480 adalah penularan tempatan manakala dua lagi kes jangkitan import.

Selangor masih menjadi negeri tertinggi yang merekodkan jumlah kes positif tertinggi berbanding negeri lain iaitu 661 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,070 kes sembuh hari ini menjadikan kes kumulatif adalah 329,624.

Sementara itu tujuh kematian dilaporkan selain 164 kes positif yang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala 81 yang menerima alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, sebanyak 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini  melibatkan tujuh berkaitan tempat kerja, lima  berkaitan komuniti dan satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Kluster yang melibatkan tempat kerja adalah Kluster Jalan Rasmi Selangor, Hevea Scruciana Selangor, Jalan Kingsway Sarawak, Bulatan Aman Sarawak, Jalan Jelawat Pulau Pinang, Delima Baiduri Kedah dan Pulau Enoe WP Labuan.

Manakala kluster komuniti pula Kampung Baru Pasir Putih Sabah, Rimbayan Sabah, Layar Kedah, Emas Bemban Kedah dan Jalan Baji Sarawak.

Kluster Lorong Mulia Johor Kumpulan pula kategori berisiko tinggi.-MalaysiaGazette