MGNews: Kenapa Nak Alih Semula Jajaran ECRL Ke Utara? – Amiruddin Shari

SHAH ALAM – Datuk Seri Amiruddin Shari membidas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali yang menuduh kerajaan negeri menyebabkan kerajaan pusat kerugian RM1.25 juta sehari selepas menolak cadangan penjajaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Sebaliknya Amiruddin mengingatkan , Mohd Zuki yang juga Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) agar tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak ikhlas, semata-mata mahu mengikut telunjuk ahli politik.