Facebook Muhyiddin Yassin
Facebook Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR – Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa semua menteri UMNO kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet sperti biasa.

Dalam hantaran di laman Facebooknya, Perdana Menteri berkongsi beberapa gambar beliau dengan semua menteriĀ  dalam keadaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

“Perdana Menteri mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Putrajaya pagi tadi,” tulis Muhyiddin.

Awal pagi ini, Muhyiddin berkata beliau telah menasihatkan lapan menteri UMNO dalam Kabinet beliau supaya kekal dalam Kabinet demi kepentingan rakyat dan negara.

Jelas beliau, terdapat beberapa orang menteri dari UMNO memegang portfolio-portfolio penting yang berkaitan dengan fokus kerajaan pada masa ini.

Muhyiddin turt berkata, beliau tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Kenyataan itu ekoran beberapa menteri-menteri UMNO telah menemuinya kelmarin, meminta nasihat mengenai kedudukan mereka dalam Kabinet berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU2020) baru-baru ini.

Dalam perhimpunan tersebut, UMNO menegaskan akan memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jahit dh buka silat pulut nk tggu bulan Ogos aduhh.. sampai masa bertarung belum apa2 nnti dh terkulai..kiki

Comments are closed.