Lady Johari Idris.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal bagi membantu perbicaraan di mahkamah rayuan melibatkan kes rasuah.

Lelaki tersebut, Lady Johari Idris, 58, pemegang kad pengenalan 630707-10-7351 dan mempunyai alamat terakhir di No. 17, Jalan Semarak 5, Taman Semarak Sungai Chua, 43000, Kajang, Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Penolong Penguasa Wan Siti Zaharah Wan Jaafar di talian 018-663 5354 / 03-9206 1209 atau e mel ke alamat [email protected]. -MalaysiaGazette