UMNO dan Pas masih berbincang tengan PRU15 di bawah Muafakat Nasional.

KUALA LUMPUR – Kerjasama ‘gelap’ yang cuba dijalin oleh beberapa pemimpin UMNO dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan parti itu tidak lagi dipercayai oleh kawan dan diperalatkan oleh lawan.

Malah, menurut bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa, dasar No Anwar No DAP yang menjadi dasar bersama Muafakat Nasional telah dilanggari pemimpin parti yang kini membawa kepada luka dan tercederanya kerjasama itu.

Katanya, sejak berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2020 Ahad lalu, satu demi satu berita negatif menghimpit UMNO, baik dalaman mahupun luaran.

Tinjauan dalam kalangan rakyat biasa, katanya, jelas tidak berpihak kepada pimpinan parti dan dalaman parti juga tidak bertambah kuat.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut merujuk kenyataan Pas tentang kedudukan Muafakat Nasional, yang menurut beliau telah pun diduga akan berlaku akibat pendirian beberapa kerat pemimpin tertinggi yang meletakkan strategi peribadi mengatasi keputusan parti sendiri

Katanya dalam hantaran di laman Facebook, kerjasama yang cuba dijalin oleh pemimpin UMNO dengan Datuk Seri Anwar dan DAP walaupun cuba disembunyikan namun perkara itu tetap dihidu oleh semua.

UMNO, menurut Annuar, perlu segera dirawat dan penawar untuk memastikan UMNO tidak diracun oleh pemimpinnya sendiri harus dicari kerana apa yang berlaku sekarang nakhoda sendiri dilihat sedang menenggelamkan bahtera yang dilayari.

Menteri Wilayah Persekutuan itu yakin UMNO belum terlambat dan masih boleh diselamatkan dengan cara para pemimpin mesti membuang dendam kesumat. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Adakan pemilihan baru dalam parti kalau nak tengok umno pulih kembali. kalau pakai orang lama tunggulah umno akan berkubur tanpa pas. Itulah jaminan hadi kepada umno

  2. Haaa ko lah racun sebenar wahai Anuar Musa..
    ko lah yg berpakat dgn Bersatu utk menyokong katak2 melompat mengkhianati UMNO..lepas tu ko putar ke lain naa..ko tau tak susah payah org UMNO berhempas pulas dlm PRU..tetiba bila dah menang, korang khianat..
    dan lebih teruk lagi..wahai Anuar Musa ko boleh plak serang UMNO dan bela katak2 yg khianat tu ya…musibat punya manusia..

Comments are closed.