Petugas Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan cerapan anak bulan menggunakan teleskop bagi menetapkan bulan Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 MEI 2019

KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang Isnin, 12 April 2021 ini.

”Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, mengisytiharkan bahawa tarikh melihat anak bulan Ramadan
ialah pada petang Isnin, 12 April 2021 Masehi bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijriah,” menurut kenyataan Jabatan Penerangan.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan telah diperkenankan melihat anak bulan Ramadan pada petang hari tersebut di:

1. Pontian Kecil, Johor
2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka
3. Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan
5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor darul Ehsan
6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan
7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak Darul Ridzuan
8. Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang
9. Kampung Pulau Sayak , Kuala Muda, Kedah darul Aman
10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman
11. Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah Darul Aman
12. Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu
14. Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu
16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan
17. Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu, Kelantan
19. Esplanade Luak, Miri, Sarawak
20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
21. Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak
22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah
23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang
24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang
25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang
26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan
27. Menara Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putraja, Putrajaya
29. Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis

Menurutnya, Majlis Raja-raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

”Penyimpan Mohor Besar Raja-raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Permulaan Puasa yang ditetapkan melalui Radio dan Televisyen,” katanya. – MalaysiaGazette