skuad 23 pemain dipertimbangkan Uefa

LONDON – Uefa mempertimbangkan cadangan membenarkan sebanyak 23 orang pemain dalam setiap skuad pada Kejuaraan Europa musim ini.

Isu itu dibangkitkan pada mesyuarat jawatankuasa Eksekutif Europa Rabu lalu.

Namun belum ada sebarang keputusan.

Memandangkan kes Covid-19 kembali mengganas di Eropah, beberapa jurulatih pasukan berpendapat pasukan gergasi perlu menampung risiko positif Covid-19 dan memastikan tiada penangguhan perlawanan.

Badan kawal selia bola sepak Eropah akan menerima bimbingan dari setiap 12 lokasi bagi mengukur keupayaan mereka menganjurkan perlawanan dan potensi bilangan penonton yang akan dibenarkan dalam stadium menjelang Rabu depan.

Kaedah ini akan menentukan sama ada perlawanan itu boleh diteruskan dengan pelan berkenaan atau perlu ditangguhkan.-MalaysiaGazette