KUALA LUMPUR – Hijrahwealth Management Sdn Bhd menafikan satu promosi pakej pelaburan di bawah Hijrah Investment Plan yang sedang tular di sosial media.
Pakej yang ditawarkan itu adalah silver, gold dan platinum.
Manakala modal pelaburan pula sebanyak 300/RM1,300/RM3,000 dan pulangan yang dijanjikan adalah dalam masa 24 jam sebanyak RM9,800/RM27,000/RM51,000.
Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menggunakan logo syarik ini kami dengan niat menarik perhatian orang ramai untuk melabur dengan menjanjikan pulangan yang tinggi dan tidak munasabah dalam tempoh hanya 24 jam.
”Kami telah membuat laporan polis tentang perkara ini dan berharap orang ramai tidak terpedaya dengan tipu daya scammer ini,” kata pengasasnya, Rohani Mohd Shahir.
Logo-logo lain yang terdapat di iklan seperti Bank Negara Malaysia, Bursa
Kuala Lumpur, Patuh Syariah, Angkasa dan tanda halal Jakim.
Sila hubungi pihak HijrahWealth di 03-4270 5740/4740 atau talian hotline 011-5357 1263 / 011-2367 1805 sekiranya inginkan keterangan lanjut. – MalaysiaGazette
















