Erling Haaland

LONDON – Mino Raiola menafikan laporan bahawa beliau menuntut komisyen yang melampau kepada kelab yang manu mendapatkan khdimat pemain Borussia Dortmund,  Erling Haaland.

Media melaporkan Raiola menuntut komisen sebanyak £17 juta daripada jumlah klausa yang perlu dibayar oleh sesebuah kelab yang mahu menandatangani kontrak dengan pemain kelahiran Norway itu.

Spekulasi masa depan Haaland dengan kelab Bundesliga itu tercetus apabila Raiola dan bapa Haaland, Alf-Inge dilihat berada di Barcelona dan bertemu dengan beberapa wakil kelab La Liga termasuk Barcelona, Real Madrid dan Valencia.

Kehadiran mereka untuk membincangkan pembelian Haaland pada akhir musim ini.

Selain komisen, Raiola juga dikatakan mahu pemain itu ditawarkan gaji sebanyak £25 juta setahun, setanding pemain bintang kelab elit lain yang mana ia turut dinafikan oleh ejen itu.

Manchester United, Manchester City, Liverpool dan Chelsea berminat untuk membeli pemain berusia 20 tahun itu. – MalaysiaGazette