Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Jalaluddin Alias (hadapan sekali) ketika di kempen ‘UDA 50 Golden Offers' di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan jubli emas tahun ini, UDA Holdings Berhad (UDA) menawarkan 50 hadiah menarik bakal diberi kepada pembeli hartanahnya.

Syarikat peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset serta agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dibuat sempena kempen UDA 50 Golden Offers.

Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, selain daripada tujuh hingga 10 peratus rebat untuk projek UDA terpilih di seluruh Malaysia, pembeli turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan menerima pelbagai insentif berjumlah lebih RM500,000.

“Keseluruhan 50 hadiah untuk direbut termasuk hadiah utama berupa sebuah kereta Proton X50, lima ketul emas seberat 50 gram dan lima buah motosikal Yamaha Y15ZR.

“Kempen UDA 50 Golden Offers, Milik dan Menang dibuka kepada semua pembeli produk UDA Property bermula 1 Januari hingga 31 Oktober ini,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran promosi berkenaan di sini hari ini.

Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Jalaluddin Alias (tengah) hadir ketika majlis perasmian kempen ‘UDA 50 Golden Offers’ di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Jaluluddin, bagi tawaran UDA 50 Golden Offers, setiap pelanggan akan mendapatkan satu penyertaan dengan setiap RM100,000 yang dibelanjakan untuk pembelian hartanah UDA.

“Sementara itu, untuk pembeli sedia ada yang telah mendapatkan hartanah sebelum tarikh kempen bermula (SPA ditandatangani pada tahun 2020) mereka layak menerima dua penyertaan untuk setiap RM100,000 yang telah dibelanjakan.

“Diharapkan inisiatif ini dapat menggalakkan pasaran hartanah tempatan dan mempromosikan pemilikan hartanah. Ini sejajar dengan prinsip utama UDA iaitu memperkasa gaya hidup lestari” ujarnya.

Mengulas lanjut, Jalaludin berkata, pembangunan projek kediaman dan komersial yang telah ditawarkan adalah Residensi Legasi Kampung Bharu, Residensi Akasia Jubilee serta Residensi 38 Bangsar di Kuala Lumpur Unit komersial Elevate.

“Selain itu, Kondominium Evoke dan banglo Crescent Dew di Pulau Pinang Pisonia Ville dan Rossa Terrace di Johor Bahru Pusat Komersial Coast serta banglo Sarai di Terengganu Rumah berkembar semi-d Pelindung Heights di Pahang.

“Untuk rekod, pada setakat ini kami telah menjual sekurang-kurangnya 200 unit sepanjang pertandingan berlangsung,” jelasnya.

Sebarang maklumat lanjut berkenaan UDA 50 Golden Offers boleh layari laman web di www.udaproperty.com.my/contest. -MalaysiaGazette