SPRM menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan yang dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek yang ditumpaskan semalam.

Lelaki berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juru ukur bahan gred 48 dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Bill of Quatity (BQ) bagi projek-projek yang ditawarkan agensi terbabit.

Beliau dipercayai telah menerima rasuah bagi membocorkan maklumat berhubung spesifikasi projek-projek kepada ketua sindiket untuk memudahkan penyediaan dokumen-dokumen tender.

Penahanan ke atas pegawai terbabit dibuat lewat malam semalam di rumah beliau di Ampang.

Hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran dengan anggaran RM1.2 juta telah dibayar kepada beliau.

Siasatan masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini.

Datuk Seri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM mengesahkan tangkapan ini dan enggan mengulas lanjut. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tahniah SPRM
    Tahniah kerajaan PN.
    Benteras habis-habisan segala jenis rasuah dan penyelewengan.

Comments are closed.