Mohd Razlan Rafii
Mohd Razlan Rafii

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melaksanakan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi 18 tahun mengikut jadual dan bukannya memberi pelbagai alasan untuk menangguhkannya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan, lebih dua tahun tempoh diberikan kepada badan itu dan tidak sepatutnya ditangguhkan ke September tahun hadapan.

“SPR sepatutnya lebih aktif untuk melaksanakan apa yang telah diluluskan oleh Parlimen.

“Julai 2020 adalah waktu yang telah dijanjikan oleh SPR untuk melaksanakan Undi 18 dan automatik pendaftaran.

“SPR seharusnya mencapai sasaran yang telah diberikan, sekiranya lewat sedikit tidak mengapa, ini kelewatan ini menjangkau satu tahun dua bulan,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Pada 25 Mac lalu, SPR dalam kenyataannya memaklumkan pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 September tahun depan.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Dalam pada itu, walaupun pelbagai pihak membantah keputusan SPR itu, namun badan bebas itu masih berdiam diri dan tiada perkembangan mengenai setakat ini.

“Sejak tiga bulan lalu kerajaan mengumumkan darurat bagi mengekang penularan Covid-19, sepatutnya SPR mengambil peluang ini untuk membuat persiapan dan bukannya ingkar kepada keputusan Parlimen.

“Ketika darurat inilah lebih mudah untuk SPR membuat persiapan tanpa gangguan malah urusan lebih lancar,” katanya.

Katanya lagi, kegagalan membuat persiapan pelaksanaan Undi 18 tahun itu menimbulkan keraguan banyak pihak dan ia perlu disiasat dengan segera.

  • “Kegagalan Spr untuk memenuhi date line ini harus disiasat, adakah disengajakan untuk melambatkan proses ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast