Seorang remaja perempuan 19 tahun ditahan polis di rumahnya di Taman Mutiara Rini di sini bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan laporan keputusan ujian calitan Covid-19.- Gambar hiasan.

ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja perempuan 19 tahun ditahan polis di rumahnya di Taman Mutiara Rini di sini bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan laporan keputusan ujian calitan Covid-19.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar dalam kenyataannya berkata, remaja itu ditahan pukul 1 tengah susulan laporan polis yang dibuat pemilik sebuah restoran di Skudai semalam.
“Disebabkan itu, majikan lelaki berusia 32 tahun itu menutup restorannya dan ke klinik bersama 12 pekerja lain untuk membuat ujian calitan.
“Lelaki berkenaan kemudian bertanya kepada individu itu sebelum mengaku menipu majikannya disebabkan tidak mahu datang bekerja kerana merasakan diri tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran,” katanya.
Polis dimakkumkan pengadu telah menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada pekerjanya dengan menghantar sekeping gambar surat mendakwa remaja berkenaan kononnya positif Covid-19.
Beliau berkata, menurut majikannya, remaja itu baru sehari diterima bekerja di restoran terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420/468 Kanun Keseksaan atas kesalahan memalsukan laporan pemeriksaan ujian calitan Covid-19 dan suspek akan dimohon perintah reman.- MalaysiaGazette