Mbappe diramal mempunyai potensi cerah menggantikan tempat Ronaldo dan Messi sebagai superstar dunia bola sepak untuk beberapa dekad akan datang.

MUNICH – Kylian Mbappe membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan juara bertahan, Bayern Munich 3-2 apabila dia meledak dua gol pada aksi pertama suku akhir Liga Juara-Juara di sini, awal pagi tadi.

Ibarat perlawanan ulangan final tahun lalu, rekod 19 perlawanan tanpa kalah gergasi Jerman itu berakhir sejak kekalahan pertama di Eropah sejak Mac 2019.

PSG mendahului 2-0 dalam masa hanya 28 minit di Allianz Arena ketika Neymar mencipta gol buat Mbappe dan Marquinhos.

Bayern yang beraksi tanpa penjaring utama, Robert Lewandowski kerana kecederaan lutut, menyamakan kedudukan hasil tandukan Eric Maxim Choupo-Moting dan Thomas Mueller.

Bagaimanapun Mbappe menampilkan aksi berkelas dunia dengan gol kedua yang menakjubkan bagi memberikan pelawat kelebihan bagi pertembungan di Paris.

Ini adalah rekod ke-19 penampilan dalam suku akhir Liga Juara-Juara buat Bayern. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast