MGNews: Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah Terima Rasuah RM4,000

Seorang anggota polis mengaku tidak bersalah di mahkamah di sini, hari ini, atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000 di sebuah restoran di Berjaya Park pada Disember tahun lalu. Lans Koperal Chin Wei Siang membuat pengakuan itu dan minta dibicarakan selepas jurubahasa mahkamah membaca pertuduhan itu dalam Bahasa Malaysia bagi dua pertuduhan.

Majistret Rozilah Salleh kemudian mengenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, termasuk meminta tertuduh menyerahkan paspot antarabangsa untuk disimpan oleh mahkamah.