Dr Shah Hair Clinic muncul sebagai rakan penaja baharu TFC untuk musim 2021.

KUALA LUMPUR – Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) mengumumkan syarikat rawatan rambut, Dr Shah Hair Clinic sebagai rakan penaja baharu pasukan itu untuk musim 2021.

Menurut kenyataan TFC, klinik itu adalah syarikat yang menjalankan perniagaan perkhidmatan dan berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang merawat masalah rambut dalam mencegah rambut botak dan menggalakkan pertumbuhan semula rambut.

Lebih menarik, beliau juga mempunyai minat dengan sukan bola sepak dari bangku sekolah lagi, sokongan yang tidak berbelah untuk terlibat dalam memajukan setiap pasukan yang membawa imej dan nama Terengganu.

“Bagi pihak Terengganu FC Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Ekskutif, Ab Rasid Jusoh dan Ketua Pegawai Pemasaran, Dzul Ikram, kerjasama penajaan ini amat dialu-alukan dan gembira dengan sokongan yang diberikan untuk bersama-sama meningkatkan sukan bola sepak di negeri ini.

“Sebagai penaja, Dr Shah Hair Clinic telah bersetuju untuk memberikan penajaan dalam bentuk barangan bernilai RM25,000 dan juga memberikan penajaan dalam bentuk kewangan sebanyak RM25,000,” kata kenyataan itu.

Para penyokong Terengganu juga berpeluang membeli produk penjagaan rambut edisi khas yang bakal dikeluarkan oleh syarikat tersebut. – MalaysiaGazette